26 September 2018

BBM3410/18: Ohh Baru Tahu Gambar Perfect Ada Ciri Asas Grafik 😍

πŸ“… 19 September 2018 (Rabu) πŸ’™

Kuliah harini tentang Asas Grafik 🌈 Prof menjelaskan Asas Grafik ni ada 5 iaitu :
  • Mudah - Yang mudah ni, gambar dia, kita dapat lihat gambar tu dengan mudah. Contohnya gambar bunga (sebab suka bunga 😍) 
Asas Grafik : Mudah

  • Keseimbangan - Ciri keseimbangan ni gambarnya 1/3 atas dan bawah. Dan, kena tengok juga kiri dan kanan. Contohnya gambar bawah ni 
Asas Grafik : Keseimbangan

  • Kesesuaian - Latar belakang gambar semestinya berhubung kait dengan subjek. Haa contohnya gambar ni
Asas Grafik : Kesesuaian

  • Warna - Tahu kan warna ? Merah, putih, biru, kuning. Hahaha πŸ˜‚
Asas Grafik : Warna

  • Teks - Jenis font, saiz font. Mesej kena dengan gambar 
Asas Grafik : Teks


Haa itu semua Asas Grafik. Jadi, dah tahu kelima-lima Asas Grafik ni, kami kena buat dengan berbekalkan barang keperluan yang dibawa πŸ˜› Dah lah deadline jam 2 petang , tak gelabah sistur nak buat dengan kumpulan haha πŸ˜₯ Dengan kelasnya lagi. Hahaha.

Okay lah ! Itu ja . Terima kasih πŸ’–

BBM3410/18: Pelajar Linguistik Melayu Belajar Multimedia ? 😱

πŸ“… 12 September 2018 (Rabu) πŸ’™

Okay, harini kelas pertama untuk semester yang terakhir ni hahaha ✌ Kelas ni nama dia Multimedia Dalam Bahasa 🌺 Pensyarah yang mengajar kuliah ni memang sempoi, nama pensyarah Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim 🌹 Kenal tak ? Haa ni ada gambar Prof :

Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim

Untuk minggu pertama ni, Prof hanya menerangkan sinopsis kurus dan beberapa keperluan untuk kursus ni seperti kerja kursus sebanyak 80% dan peperiksaan akhir sebanyak 20%. Selain itu, kursus ini mempunyai tugasan individu dan kumpulan πŸ‘¦πŸ‘§ Satu kumpulan ada 10 orang, ramai kan ? Hahaha πŸ˜‚ Prof juga memaklumkan kursus ini ada amali πŸ˜„ Jadi, kami kena pilih waktu yang sesuai untuk amali ni. Disebabkan minggu seterusnya hari Isnin (17 September 2018) cuti 😎 jadinya, Prof terus bagitahu apa keperluan yang perlu dibawa untuk Rabu (19 September 2018) hadapan. Berikut merupakan keperluan yang perlu dibawa, ni tugasan kumpulan :

1.  6 keping mounting board warna hitam bersaiz A4




2. Gunting



3.  UHU stick



4.  Pisau



5.  Reben (lebar : suku inci , panjang : 1/2 meter)


6.  Punch



7.  Majalah terpakai (glossy)


Okay, itu ja untuk harini, nanti kita sambung okay 🌻 Terima kasih sudi membaca !

BBM3410/18: 🌼🌼 About Me 🌼🌼

😎 Hi ! Nama saya Ummu Nusrah Binti Omar. Saya merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Sekarang saya dah tahun akhir di UPM. Sedihnyaa πŸ˜’ Hahaha. Saya tinggal di Bera, Pahang. Kalau nak makan gulai ikan patin tempoyak yang sedap dan original, boleh lah datang Temerloh πŸ˜‹ Saya mempunyai 2 orang adik beradik dan saya bongsu πŸ™† Saya suka melancong lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan 🚀 Buat masa ni dalam Malaysia, saya tak pernah ke Sabah dan Sarawak. Tahun depan insyaAllah akan ke sana. Hobi saya juga mengambil gambar yang menarik dan pemandangan yang cantik πŸ“Έ Haa contohnya macam dekat bawah ni :

Yang ni di Indonesia πŸ’–

Di Indonesia juga tapi lupa lah dekat mana πŸ˜‚

Buat masa ni, itu ja lah kot. Nanti kita sambung blog seterusnya πŸ˜‰ Terima kasih kerana membaca !