Showing posts with label Putrablast. Show all posts
Showing posts with label Putrablast. Show all posts

14 November 2018

BBM3410/18: 3 Jam Kelas Minor Ku 🌟

📅 14 November 2018 (Rabu) 💙

Hai semua ! 😍 Nak share sikit post kali ni tentang kelas minor saya dengan Prof haha 😂 Kelas ni setiap Rabu jam 2 hingga 5 petang 💆 Lama beb 👀 Tapi kelas harini saya rasa paling best sebab kena terjemah pantun 🌷 Kau rase? Haha. Tapi Prof saja bagi pantun ni sebelum kami memulakan kerja terjemahan 👇

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama awak seorang.

Terjemah sama-sama, so sweet haha

Dalam Putrablast, ada beberapa rangkap pantun 💫 Kami kena pilih sama ada rangkap belah kiri atau kanan 👸 Ohh ya, ni tugasan berdua haha 👭

Kami pilih yang kiri

Kenapa saya pilih minor Interpretasi dan Penterjemahan walaupun bahasa Inggeris saya ala kadar ja? Sebab saya nak asah skills saya dan cuba sesuatu yang baru 🍄 Prof cakap bila jadi penterjemah, boleh duduk rumah dan lakukan kerja terjemahan, banyak beb dapat duit hahaha 😛 
.
.
.
Itu ja lah nak share serba sedikit haha 😸 Tunggu post seterusnya tauu ! Bye 🙌

03 October 2018

BBM3410/18: Tugasan , Tugasan Dan Tugasan ✌

📅 01 Oktober 2018 (Isnin) 💙

Hai ! Harini kelas Multimedia tak ada 😔 Disebabkan Prof ke Singapura, jadi Prof bagi tugasan atas talian iaitu dalam Putrablast 💖 Pembelajaran atas talian ini bagi kuliah Isnin 10-12 tengahari , tapi tugasannya perlu diemel hanya pada jam 2-3 petang sahaja 😀 Hahaha, jadi kena peka lah, jangan buat terus hantar kan haha 😂 Tugasan ni tugasan individu dan berikut arahan Prof:
  • Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam  bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
  • Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti



  • Emelkan tugasan drnormaliza@gmail.com 
  • Tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment)
  •  Subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama 
  • Jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu
  • Anda tidak boleh meniru rakan yang lain. jika didapati sama, 10markah akan ditolak bagi mereka yang meniru 
  • Tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 
Jadi saya pun hantar tugasan tersebut pada jam 2:12 petang pada 1 Oktober 2018 😎 Banyak kali cek kot sebelum hantar tugasan dekat Prof, hahaha . Takut lah 😖 Disebabkan buku tersebut bahasa Inggeris, jadinya saya terjemahlah sikit perkataan yang saya tak faham haha 😆 Tapi, malangnya, emel tugasan saya dan kawan-kawan juga ada yang ditolak 😔 Hanya 20 orang sahaja yang diterima dan dapat 10 markah . 10 markah beb 😭 Luluh hati . Hmm tapi tak apa lah, nak buat macam mana kan. Hidup kena diteruskan 🌷 Hahaha. Okay lahh , itu ja nak kongsi ! Terima kasih sudi membaca 🐾