07 December 2018

BBM3410/18: Facebook Dan 2 Post 💤

📅 07 Disember 2018 (Jumaat) 💙

Hi semua ! Post ini khas untuk media sosial terbaru yang Prof minta kami untuk berjinak-jinak hahaha 😝 Yeahhhh, ini lah dia Facebook atau muka buku 😂

Ini muka buku saya !

Isnin baru ni, Prof minta kami post sesuatu tentang kursus BBM3410 (Multimedia Dalam Bahasa) 💛 Nak kutuk ke, nak apa ke, boleh ja semua haha 😈 Maka, saya pun dengan redhoooo menjalankan tanggungjawab tersebut untuk minggu ini 👇

Post: 05 Disember 2018

Post: 07 Disember 2018

Harapnya Prof baca lah ye 😋 Hahahaha . Okay, done for today ! Bye semua 🌸

05 December 2018

BBM3410/18: Papan Cerita 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A P.A.P.A.N C.E.R.I.T.A

Papan cerita atau storyboard merupakan satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia 😎

🌾 Apa itu papan cerita ? 🍓
  • Melibatkan pemilihan produk yang telah ditetapkan
  • Pemilihan tema untuk menghasilkan e-majalah yang bersesuaian
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri atau layout yang tertentu:
Teks
Grafik
Lukisan

Muka hadapan

Sidang pengarang

Halaman e-majalah
  • Setiap teks yang dituliskan berdasarkan gambar atau produk yang diketengahkan
  • Gambar yang dilakarkan mempunyai ciri produk berdasarkan tema
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan seperti teks, lukisan dan juga layout
  • Berdasarkan e-majalah di atas, produk yang diketengahkan iaitu pakaian

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A V.I.D.E.O T.A.N.P.A W.A.J.A.H

Video tanpa wajah merupakan video yang hanya memfokuskan bahagian daripada bahu sehingga ke bawah (kaki) 👸 Dalam erti kata yang mudah, video tanpa wajah hanya memfokuskan terus menerus apa yang ingin diketengahkan dalam video 😃


🍇 Apa itu video tanpa wajah ? 🚫
  • Mempunyai scene yang pelbagai dalam video 
  • Tiada penampakkan wajah dalam video
  • Memerlukan proses pengeditan video
  • Memfokuskan kepada satu bahagian sahaja
Berikut merupakan hasil video tanpa wajah 💁


  • Krew produksi yang terlibat seperti:
Pengarah
Penolong Pengarah
Dibintangi oleh
Tarian & koreografi
Editor
Props
Lokasi
Kredit lagu, penyanyi, komposer dan syarikat

  • Melibatkan sudut yang tertentu bagi mengelakkan penampakan wajah dalam video

BBM3410/18: Video One Shot 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A V.I.D.E.O O.N.E S.H.O.T

Video one shot merupakan video yang mempunyai ciri yang tertentu dan dirakam dengan shot yang berbeza 😀 

🍉 Apa itu video one shot ? 📷
  • Satu video yang diambil secara terus menerus dalam satu tempoh masa atau durasi yang ditetapkan (mengikut lagu atau sebagainya) menggunakan kamera tunggal iaitu tanpa jurukamera dan video tersebut dihasilkan tanpa ada pengeditan mana-mana bahagian video tersebut
Menggunakan stand camera sebagai jurukamera

Semua pergerakan hanya melibatkan subjek dalam video sahaja
  • Rakaman video one shot tidak boleh melibatkan pergerakan sama ada manusia, flora dan fauna atau yang berunsurkan pergerakan
  • Hal ini demikian video one shot hanya tertumpu kepada satu lapisan sahaja atau 'one layer' 
  • Jika video one shot tersebut dirakam dan mempunyai pergerakan seperti kereta contohnya, video tersebut telah menjadi video one shot two layer
  • Lapisan pertama iaitu subjek dalam video, dan lapisan kedua iaitu pergerakan kereta tersebut
  • Video one shot ini mempunyai senarai krew produksi yang terlibat antaranya:
Pengarah
Penolong Pengarah
Dibintangi oleh
Tarian & koreografi
Editor
Props
Lokasi
  • Setiap video yang dihasilkan mestilah mempunyai kredit kepada lagu, penyanyi, lirik dan komposer serta syarikat
  • Video one shot 2 layer dan 3 layer mempunyai latar belakang yang berbeza dan juga scene yang berbeza berdasarkan tema atau lagu yang diketengahkan
Video one shot juga terdiri daripada two layer dan three layer 😍

BBM3410/18: Asas Grafik 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A A.S.A.S G.R.A.F.I.K

Asas grafik mempunyai ciri-ciri yang tertentu 💘 Berikut merupakan ciri-ciri asas grafik yang saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia Dalam Bahasa) 🍂

Mudah
Keseimbangan
Kesesuaian
Warna 
Teks

👉 Mudah 👈
  • Ciri pertama asas grafik iaitu mudah. Mudah atau erti kata lain sesuatu gambar itu mudah dilihat dan difahami dengan sebaiknya
  • Sebagai contoh, gambar seperti bunga. Gambar flora atau fauna merupakan ciri asas grafik yang mudah dan difahami apabila audien melihat gambar tersebut
  • Ciri asas grafik ini lebih realistik dan tidak cenderung kepada abstrak
👉 Keseimbangan 👈
  • Ciri kedua asas grafik iaitu keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen-elemen seperti penghurufan, garisan dan gambar
  • Dengan erti kata lain, ke semua elemen seharusnya berada dalam keadaan sama berat
  • Sebagai contoh, ciri keseimbangan ini kedudukan gambarnya 1/3 atas dan 1/3 bawah untuk mendapatkan keseimbangan yang baik
  • Bahagian kiri dan kanan gambar juga memerlukan ciri keseimbangan bagi memastikan gambar atau visual tersebut menepati ciri keseimbangan
👉 Kesesuaian 👈
  • Ciri ketiga asas grafik iaitu kesesuaian. Kesesuaian sesuatu gambar atau visual menyebabkan audien lebih memahami konsep yang diketengahkan
  • Sebagai contoh, apabila subjek mengambil gambar semasa hari konvokesyen, latar belakang gambar tersebut mestilah mengetengahkan latar belakang yang sesuai dengan hari konvokesyen
  • Kesesuaian subjek dan latar belakang seharusnya dititikberatkan agar audien lebih memahami apa yang disampaikan dalam gambar
👉 Warna 👈
  • Ciri keempat iaitu warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien
  • Sebagai contoh, gambar Tahun Baru Cina lebih dikenali dengan warna merah dalam perayaan tersebut. Audien akan memahami gambar atau visual tersebut sebaiknya oleh sebab warna dan subjek dalam gambar yang diketengahkan
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan mood, perasaan dan minat terhadap sesuatu visual
👉 Teks 👈
  • Ciri kelima iaitu teks. Teks berfungsi sebagai perantaraan audien dan visual.
  • Sebagai contoh, visual yang diketengahkan iaitu produk makanan, teks sememangnya memainkan peranan penting dalam grafik tersebut
  • Malahan, jenis font, saiz font juga memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien
Kelima-lima asas grafik ini mempunyai kombinasi yang kuat untuk menghasilkan sesuatu visual atau gambar yang mudah difahami dan menarik perhatian audien.

18 November 2018

BBM3410/18: Video Lagi Dong 🎈

📅 15 November 2018 (Khamis) 💙

Hi semua ! Sihat ke ? ❤ Post ni berkesinambungan daripada post yang ni klik sini 😋 Tugasan kali ni kena buat video one shot two layer 😅 Lai tengok proses 👇
.
.
.

Behind the scene 1


Behind the scene

Maka terhasil lah video yang meriah ini hahahaha 😎



Kredit lagu
Tajuk: Joget Lambak
Penyanyi: Adam
Album: Adam (Adam 2), 2007
Syarikat: KRU Music Group

Behind the scene 3

Behind the scene 4

Kami ada MUA tak diiktiraf hahahaha 😜 Apa yang penting, kalau buat video ja mesti kami enjoy haha 👄 Idea gila-gila akan datang last minute 💆 Haha . Dan mengharapkan Prof terima video ni sebagai one shot two layer (ni penting) Huhu 🌸
.
.
.
Okay lah, jangan lupa tonton dan like ye ! Haha. Terima kasih 🐣

14 November 2018

BBM3410/18: Tibeer Buat Tutorial Photoshop 💭

📅 15 November 2018 (Khamis) 💙

Hi semua ! Okay harini amali takada 👀 Tapi kena buat sesuatu macam biasa hahaha 💆 Tak keruan saya rasa kawan-kawan saya haha 😂
.
.
.
Maka saya pun mencapai apa yang ada kemudian terhasil lah video tutorial ini hahaha 😎


Tengok lah hahaha 

Lebih pula 3 minit lebih hahaha 💁 Okay lah. Gerak lu. Nak buat video one shot two layer 👋💟 Hahaha . Jumpa lagi 👄

BBM3410/18: 3 Jam Kelas Minor Ku 🌟

📅 14 November 2018 (Rabu) 💙

Hai semua ! 😍 Nak share sikit post kali ni tentang kelas minor saya dengan Prof haha 😂 Kelas ni setiap Rabu jam 2 hingga 5 petang 💆 Lama beb 👀 Tapi kelas harini saya rasa paling best sebab kena terjemah pantun 🌷 Kau rase? Haha. Tapi Prof saja bagi pantun ni sebelum kami memulakan kerja terjemahan 👇

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama awak seorang.

Terjemah sama-sama, so sweet haha

Dalam Putrablast, ada beberapa rangkap pantun 💫 Kami kena pilih sama ada rangkap belah kiri atau kanan 👸 Ohh ya, ni tugasan berdua haha 👭

Kami pilih yang kiri

Kenapa saya pilih minor Interpretasi dan Penterjemahan walaupun bahasa Inggeris saya ala kadar ja? Sebab saya nak asah skills saya dan cuba sesuatu yang baru 🍄 Prof cakap bila jadi penterjemah, boleh duduk rumah dan lakukan kerja terjemahan, banyak beb dapat duit hahaha 😛 
.
.
.
Itu ja lah nak share serba sedikit haha 😸 Tunggu post seterusnya tauu ! Bye 🙌

12 November 2018

BBM3410/18: Kumpulan Kami Antara 2 Video Yang Terbaik 🔮

📅 12 November 2018 (Isnin) 💙

Holaaaa ! Pagi ni macam biasa kelas Prof jam 10 pagi 😎 Yang cemasnya harini kena bentang video one shot macam yang saya cakap dalam post sebelum ni huhu klik sini 🌝Ni hasil daripada kumpulan kami a.k.a Panglima Awang 👇



Kredit lagu
Tajuk: Hajat
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer/Lirik: Hael Husaini dan Ezra Kong
Syarikat: Rocketfuel Network (on behalf of Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd

Behind the scene

Behind the scene 2

Alhamdulilah ❤ Kumpulan kami Prof suka dengan keunikan video kami buat, ala-ala seram gittew haha 👻 Dan, Prof bagi tugasan untuk seterusnya selepas pembentangan video ni 🌻 Kali ni kena buat video one shot two layer hahaha 🐛 

Macam biasa ayat Prof 'Ini bukan yang terbaik' haha

Jadi, kami kena buat video one shot two layer ni nanti, lagu kami tak pilih lagi 🍊 Haha. Nantikan post saya yang seterusnya tauuu 👼

BBM3410/18: Hmm Twitter Lagi 🌗

📅 12 November 2018 (Isnin) 💙

Hi gais ! Im back hahaha 💖 Post kali ni nak menyemak dengan tweet di Twitter ja, boleh kan? Tak boleh pun, nak juga share haha 😜 
.
.
.
Pertama kali saya post di Twitter mesti hgpa tak baca kan post saya sebelum ni tentang media sosial yang saya ada 👀 Haha . Boleh lah klik sini 👍 Ada saya post tentang tweet pertama saya dan apa yang saya retweet 😂 Kali ni saya nak share apa yang saya post dekat Twitter, maklumlah, hgpa malas kan nak intai Twitter saya hahaha 🍁






























Tweet ni saya mula dengan tweet latest hingga lah tweet mula-mula dahulu kala 🌱 Kadang sehari saya lebih 2 tweet, kadang-kadang 1 ja hahaha 😂 Dah, sekian haha ✌

07 November 2018

BBM3410/18: Saya Pencinta Haiwan 🐼

📅 07 November 2018 (Rabu) 💙

Bertemu kembali hahaha 👋 Sayalah orang paling gembira plus bahagia bila dapat jumpa haiwan hahaha 😂 Harini saya dan sahabat ke Maeps untuk meluangkan masa dengan haiwan yang ada 💞

Waze ja tau, bayaran masuk RM20 (dewasa)

Banyak beb haiwan dekat sini 😍 Sesuai lah untuk semua peringkat umur haha 👪 Tadi pun masa saya pergi, ada rombongan murid sekolah huhu 👧👦 Okay lah, nak share haiwan yang saya sempat snap 👇👇

Arnab
Kucing - British Short Hair
Kucing - Apatahh baka dia haha
Seronok lah tengok dia ni hm
Ni biri-biri
Ular
Ayam dan ayam
Cantik kan katak ni
Rusa kan? Haha
Yang pasti ni bukan merpati tau haha
Kucing - British Short Hair
Burung Unta

Haa, banyak kan ! Seronok tapi tak puas lah sebab musim hujan 😌 Kena repeat lagi lepasni tak kira hahahaha 😂 Itu ja daripada saya, terima kasih sudi membaca, bye ! 💤😴😴