Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

01 November 2018

BBM3410/18: Konvo Ke Tu? Haha 💐

📅 28 Oktober 2018 (Ahad) 💙

Bertemu lagi gais haha 👻 Post ni sambungan dari minggu yang lepas, ada baca tak? Kalau tak baca, kena baca kang hgpa tak faham haha (paksa) 😜 Nah klik sini 💓 Hahaha. Sebenarnya, saya merancang buat kejutan untuk sahabat saya nih dan alhamdulilah berjaya dengan pertolongan sahabat saya lagi sorang haha 🌸 

Ni sahabat subahat saya - Syaffiq Musa a.k.a Tam CumiCumi

Berjalan lancar beb semuanya haha. Sampai lah hari kejadian, saya pun roger Syaffiq sambil menunggu sahabat saya keluar daripada dewan besar UPM tu haa 😝 Yang sorang tu agak terkejut juga dengan kehadiran saya haha 👽 Lagi sorang tu 50 50 lahh 😂 

Manusia berjubah ni sangat terkejut haha

Yang berjubah ni nama dia Ameer Firdaus a.k.a Mok Rus haha 😂 Dia sesi pagi, so kami tengok dia dulu, kemudian sesi petang yang lagi sorang tu pula 😎 Dalam gambar posisi kiri sekali berbaju peach nama dia Rizan Bakar a.k.a Jah Gojes 💃 Hahahaha 🌷

Yehh ni sesi petang 

Tahniah ye hgpa 💘 Hahaha. Ceria nau muka dah konvo 😋 Terima kasih hgpa baca post ni 😍 Nantikan post seterusnya bye bye ! 🙋
.
.
.
Depa semua ni sahabat Petanque saya dari mula-mula saya berjinak dengan team Petanque UPM 🙌 Okay ni betul-betul bye ! Hahaha 🍒

28 October 2018

BBM3410/18: Khas Buat Sohabat 👬

📅 25 Oktober 2018 (Khamis) 💙

Apa khabar semua 😇 Disebabkan minggu ni sibuk dengan Hari Konvokesyen, maka saya pun sibuk nak buat persediaan untuk sahabat saya 🌼 Hahaha 😂

Tahun depan giliran saya (Ke-43), insyaAllah

Saya pun pening nak bagi apa dekat depa ni 😆 Saya pun bincang dengan sahabat saya sorang ni dan bersepakat nak bagi yang simple ja dekat depa 😍 Maka saya pun jalankan tugas mencari apa barangan yang perlu dibeli 😀 Ini barang-barangnya:

🌴 Mulanya saya tempah bunga ros 🌹 Kang tempah hari kejadian kang takut habis stok atau apa kan, jadinya saya tempah awal 😃 Saya tempah ros biru dekat satu kedai ni 💙 Mulanya Miss tu kata ros putih tak ada stok untuk buat ros biru tu hm saya mula gelisah 😞 Signature saya kot ros biru ni hahaha 🙈 Lepastu dia kata, dia usahakan dan saya pun on bayar deposit terus 💋 Hari Sabtu petang saya pun pergi lah ke kedai tu untuk ambil ros yang saya tempah 💖 Dan inilah hasilnya 👇

Ini untuk seorang, jadinya ada 2 jambak

Amacam ? Cantik tak ? Hahaha

🌴 Selepas excited dengan ros biru tu, saya pergi kedai untuk cuci gambar letak dalam frame 🌺 Saya punya excited tengok ros biru tu sampai terbuang resit topup Celcom, entah mana saya buang hahaha 😂 Tak ada rezeki hm tak apa lah 😄 Ini gambar persetujuan bersama sahabat saya 👇

2 dari depan ni lah sahabat saya yang konvo 💝

🌴 Selesai dengan gambar dan frame, saya mencari coklat pula 🍫 Saya pilih coklat ni sebab saya suka, bukan sebab ikut bajet hahaha 😆 Dah bayar baru teringat yang coklat ni bukan untuk saya makan haha 😋 Pilih coklat beberapa jenis tu pun saya ambil masa dalam 1 jam lebih 💆 Hahaha, sebab tu saya suka beli barang sorang, kalau ramai kang kena maki 👽 Ini coklat yang dipilih selama 1 jam lebih 👇

Mengucap panjang kalau orang tengok resit hahaha

🌴 Dan yang terakhir saya tulis sikit apa yang patut untuk depa berdua ni 😎 Tulisan saya ni selalu sangat berubah, jadinya saya ambil kesempatan ni tulis yang paling cantik untuk depa dua haha 🙉 Hasil tangan saya 👇

Saja buat shadow shadow haha

Style baru letak dalam, bukan dekat luar

Barang-barang tadi saya letak dalam paper bag ni mudah sikit bagi depa pegang ✌ Haa, seronok tau buat persediaan untuk dorang ni hahaha 😂 Tunggu untuk post seterusnya ye ! Itu ja nak share dengan hgpa semua , goodbye 🎀

10 October 2018

BBM3410/18: Dear Friends, Lets Vacay Till Decay 💟

📅 11 Oktober 2018 (Khamis) 💙

Holaa semua. 🍄 Sihat ? Hahaha . 😇 Harini nak kongsi sikit dengan you all dengan hobi saya yang santai ni. Hahaha. Saya kaki jalan. Sangat suka pergi sana sini. Haha. 😎 Tak kisah lah sorang ke dengan kawan ke, family ke. Hahaha. Sangat suka ! 😁 Meh nak bentang sikit peta Mesia dekat sini:


Mesia sangat hahaha 😂
Nak dikatakan belah West Malaysia ni semua dah pi. Tapi yang tak official Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan dan Johor 🐾 Hahaha. East Malaysia ja tak pernah jejak langsung. Tahun depan insyaAllah akan ke sana kalau tak ada apa-apa halangan. Ni lah nak kongsi sikit gambar yang ada, banyak gambar dah hilang. 🐐 Mana entah perginya. Hahaha. Ayuh segarkan mata:

Melaka
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Terengganu
Negeri Sembilan
Perak
Wilayah Persekutuan Putrajaya


Banyak sebenarnya, 🍓 tapi itulah. Mana yang ada ja saya dapat kongsi dengan you all. Hahaha. Kalau Nampak baju sama, seluar sama dalam gambar tu, 😂 tu tanda saya pergi tempat tu dalam masa sehari. Contoh harini saya gerak jam 12 pagi, kemudian saya overnight dan keesokkannya saya pi destinasi yang lain. hahahaha 👯 Nanti saya share lagi ye ! Bye bye 💘

03 October 2018

BBM3410/18: Sukan Tapi Masih Gebu 😜

📅 04 Oktober 2018 (Khamis) 💙

Hi 🙋 Kali ni saya nak berkongsi sikit lah tentang apa yang saya lakukan sepanjang berada di universiti, erti kata lain, sepanjang saya bergelar mahasiswa hahaha 😘 Saya sangat gembira dengan apa yang saya lakukan . Sangat bersemangat ! Hahaha. Saya di UPM, menyertai pasukan Petanque UPM dari sem satu lagi haha. Lama kan ? 😂 Tapi banyak sangat ilmu yang saya tak peroleh dan aplikasikan dalam latihan dan juga pertandingan.



Meh saya kongsi sikit, dari bila saya kenal sukan Petanque ni haha. Saya mula atau berjinak dengan Petanque ni umur 13 tahun lagi, waktu tu dekat Sekolah Menengah lah semestinya haha. Saya tak minat sebenarnya Petanque ni. Dalam hati saya, apa bendee lah sukan ni, kejar benda yang tak dapat hahaha. Memang saya kutuk sukan ni dulu. Itu dulu lahhh. Akhirnya saya tewas. Ini berpunca daripada abang saya 😒 Nama abang saya Mohamad Nor Nasyrieq bin Omar 🙆 Haa dia lah punca membuatkan saya terjebak dengan sukan Petanque ni. Hahaha. Masa Sekolah Menengah setakat pencapaian tu ada lah boleh buat duit poket sikit haha. Alhamdulilah. Saya di Sekolah Menengah dulu suka terlibat dengan sukan atau aktiviti yang dapat menyumbangkan pendapatan dekat saya 🤑 Haha. Saya kan suka makan 🍗🍕🍔🍤🍰 Suka sangat buru makanan dari dulu sampai lah sekarang. Hmm . Sukaa ! 😋 Ni saya kongsikan sikit gambar-gambar sepanjang saya terlibat dalam sukan ni 😎

Ni waktu SUKIPT di UKM, Bangi 

Banjir pun tak ada hal haha 😂

Yang baju biru tu Coach Hasmil 

Ohh lupa haha 😄 You all kalau rajin boleh juga intai artikel ni haa:


Huhu . Ni sekadar perkongsian ja 😇 Lain padang lain belalang 🌾 Tak ke begitu ? Hahaha 😂

Haa semua ni gambar yang ada lah 😂 Nanti kita jumpa lagi untuk blog yang seterusnya ! Terima kasih sudi membaca 😺