Showing posts with label Asas Grafik. Show all posts
Showing posts with label Asas Grafik. Show all posts

05 December 2018

BBM3410/18: Asas Grafik 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A A.S.A.S G.R.A.F.I.K

Asas grafik mempunyai ciri-ciri yang tertentu 💘 Berikut merupakan ciri-ciri asas grafik yang saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia Dalam Bahasa) 🍂

Mudah
Keseimbangan
Kesesuaian
Warna 
Teks

👉 Mudah 👈
  • Ciri pertama asas grafik iaitu mudah. Mudah atau erti kata lain sesuatu gambar itu mudah dilihat dan difahami dengan sebaiknya
  • Sebagai contoh, gambar seperti bunga. Gambar flora atau fauna merupakan ciri asas grafik yang mudah dan difahami apabila audien melihat gambar tersebut
  • Ciri asas grafik ini lebih realistik dan tidak cenderung kepada abstrak
👉 Keseimbangan 👈
  • Ciri kedua asas grafik iaitu keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen-elemen seperti penghurufan, garisan dan gambar
  • Dengan erti kata lain, ke semua elemen seharusnya berada dalam keadaan sama berat
  • Sebagai contoh, ciri keseimbangan ini kedudukan gambarnya 1/3 atas dan 1/3 bawah untuk mendapatkan keseimbangan yang baik
  • Bahagian kiri dan kanan gambar juga memerlukan ciri keseimbangan bagi memastikan gambar atau visual tersebut menepati ciri keseimbangan
👉 Kesesuaian 👈
  • Ciri ketiga asas grafik iaitu kesesuaian. Kesesuaian sesuatu gambar atau visual menyebabkan audien lebih memahami konsep yang diketengahkan
  • Sebagai contoh, apabila subjek mengambil gambar semasa hari konvokesyen, latar belakang gambar tersebut mestilah mengetengahkan latar belakang yang sesuai dengan hari konvokesyen
  • Kesesuaian subjek dan latar belakang seharusnya dititikberatkan agar audien lebih memahami apa yang disampaikan dalam gambar
👉 Warna 👈
  • Ciri keempat iaitu warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien
  • Sebagai contoh, gambar Tahun Baru Cina lebih dikenali dengan warna merah dalam perayaan tersebut. Audien akan memahami gambar atau visual tersebut sebaiknya oleh sebab warna dan subjek dalam gambar yang diketengahkan
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan mood, perasaan dan minat terhadap sesuatu visual
👉 Teks 👈
  • Ciri kelima iaitu teks. Teks berfungsi sebagai perantaraan audien dan visual.
  • Sebagai contoh, visual yang diketengahkan iaitu produk makanan, teks sememangnya memainkan peranan penting dalam grafik tersebut
  • Malahan, jenis font, saiz font juga memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien
Kelima-lima asas grafik ini mempunyai kombinasi yang kuat untuk menghasilkan sesuatu visual atau gambar yang mudah difahami dan menarik perhatian audien.

26 September 2018

BBM3410/18: Ohh Baru Tahu Gambar Perfect Ada Ciri Asas Grafik 😍

📅 19 September 2018 (Rabu) 💙

Kuliah harini tentang Asas Grafik 🌈 Prof menjelaskan Asas Grafik ni ada 5 iaitu :
  • Mudah - Yang mudah ni, gambar dia, kita dapat lihat gambar tu dengan mudah. Contohnya gambar bunga (sebab suka bunga 😍) 
Asas Grafik : Mudah

  • Keseimbangan - Ciri keseimbangan ni gambarnya 1/3 atas dan bawah. Dan, kena tengok juga kiri dan kanan. Contohnya gambar bawah ni 
Asas Grafik : Keseimbangan

  • Kesesuaian - Latar belakang gambar semestinya berhubung kait dengan subjek. Haa contohnya gambar ni
Asas Grafik : Kesesuaian

  • Warna - Tahu kan warna ? Merah, putih, biru, kuning. Hahaha 😂
Asas Grafik : Warna

  • Teks - Jenis font, saiz font. Mesej kena dengan gambar 
Asas Grafik : Teks


Haa itu semua Asas Grafik. Jadi, dah tahu kelima-lima Asas Grafik ni, kami kena buat dengan berbekalkan barang keperluan yang dibawa 😛 Dah lah deadline jam 2 petang , tak gelabah sistur nak buat dengan kumpulan haha 😥 Dengan kelasnya lagi. Hahaha.

Okay lah ! Itu ja . Terima kasih 💖