07 December 2018

BBM3410/18: Facebook Dan 2 Post 💤

📅 07 Disember 2018 (Jumaat) 💙

Hi semua ! Post ini khas untuk media sosial terbaru yang Prof minta kami untuk berjinak-jinak hahaha 😝 Yeahhhh, ini lah dia Facebook atau muka buku 😂

Ini muka buku saya !

Isnin baru ni, Prof minta kami post sesuatu tentang kursus BBM3410 (Multimedia Dalam Bahasa) 💛 Nak kutuk ke, nak apa ke, boleh ja semua haha 😈 Maka, saya pun dengan redhoooo menjalankan tanggungjawab tersebut untuk minggu ini 👇

Post: 05 Disember 2018

Post: 07 Disember 2018

Harapnya Prof baca lah ye 😋 Hahahaha . Okay, done for today ! Bye semua 🌸

05 December 2018

BBM3410/18: Papan Cerita 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A P.A.P.A.N C.E.R.I.T.A

Papan cerita atau storyboard merupakan satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia 😎

🌾 Apa itu papan cerita ? 🍓
  • Melibatkan pemilihan produk yang telah ditetapkan
  • Pemilihan tema untuk menghasilkan e-majalah yang bersesuaian
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri atau layout yang tertentu:
Teks
Grafik
Lukisan

Muka hadapan

Sidang pengarang

Halaman e-majalah
  • Setiap teks yang dituliskan berdasarkan gambar atau produk yang diketengahkan
  • Gambar yang dilakarkan mempunyai ciri produk berdasarkan tema
  • Setiap helaian e-majalah mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan seperti teks, lukisan dan juga layout
  • Berdasarkan e-majalah di atas, produk yang diketengahkan iaitu pakaian

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A V.I.D.E.O T.A.N.P.A W.A.J.A.H

Video tanpa wajah merupakan video yang hanya memfokuskan bahagian daripada bahu sehingga ke bawah (kaki) 👸 Dalam erti kata yang mudah, video tanpa wajah hanya memfokuskan terus menerus apa yang ingin diketengahkan dalam video 😃


🍇 Apa itu video tanpa wajah ? 🚫
  • Mempunyai scene yang pelbagai dalam video 
  • Tiada penampakkan wajah dalam video
  • Memerlukan proses pengeditan video
  • Memfokuskan kepada satu bahagian sahaja
Berikut merupakan hasil video tanpa wajah 💁


  • Krew produksi yang terlibat seperti:
Pengarah
Penolong Pengarah
Dibintangi oleh
Tarian & koreografi
Editor
Props
Lokasi
Kredit lagu, penyanyi, komposer dan syarikat

  • Melibatkan sudut yang tertentu bagi mengelakkan penampakan wajah dalam video

BBM3410/18: Video One Shot 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A V.I.D.E.O O.N.E S.H.O.T

Video one shot merupakan video yang mempunyai ciri yang tertentu dan dirakam dengan shot yang berbeza 😀 

🍉 Apa itu video one shot ? 📷
  • Satu video yang diambil secara terus menerus dalam satu tempoh masa atau durasi yang ditetapkan (mengikut lagu atau sebagainya) menggunakan kamera tunggal iaitu tanpa jurukamera dan video tersebut dihasilkan tanpa ada pengeditan mana-mana bahagian video tersebut
Menggunakan stand camera sebagai jurukamera

Semua pergerakan hanya melibatkan subjek dalam video sahaja
  • Rakaman video one shot tidak boleh melibatkan pergerakan sama ada manusia, flora dan fauna atau yang berunsurkan pergerakan
  • Hal ini demikian video one shot hanya tertumpu kepada satu lapisan sahaja atau 'one layer' 
  • Jika video one shot tersebut dirakam dan mempunyai pergerakan seperti kereta contohnya, video tersebut telah menjadi video one shot two layer
  • Lapisan pertama iaitu subjek dalam video, dan lapisan kedua iaitu pergerakan kereta tersebut
  • Video one shot ini mempunyai senarai krew produksi yang terlibat antaranya:
Pengarah
Penolong Pengarah
Dibintangi oleh
Tarian & koreografi
Editor
Props
Lokasi
  • Setiap video yang dihasilkan mestilah mempunyai kredit kepada lagu, penyanyi, lirik dan komposer serta syarikat
  • Video one shot 2 layer dan 3 layer mempunyai latar belakang yang berbeza dan juga scene yang berbeza berdasarkan tema atau lagu yang diketengahkan
Video one shot juga terdiri daripada two layer dan three layer 😍

BBM3410/18: Asas Grafik 💬

📅 06 Disember 2018 (Khamis) 💙

N.O.T.A A.S.A.S G.R.A.F.I.K

Asas grafik mempunyai ciri-ciri yang tertentu 💘 Berikut merupakan ciri-ciri asas grafik yang saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia Dalam Bahasa) 🍂

Mudah
Keseimbangan
Kesesuaian
Warna 
Teks

👉 Mudah 👈
  • Ciri pertama asas grafik iaitu mudah. Mudah atau erti kata lain sesuatu gambar itu mudah dilihat dan difahami dengan sebaiknya
  • Sebagai contoh, gambar seperti bunga. Gambar flora atau fauna merupakan ciri asas grafik yang mudah dan difahami apabila audien melihat gambar tersebut
  • Ciri asas grafik ini lebih realistik dan tidak cenderung kepada abstrak
👉 Keseimbangan 👈
  • Ciri kedua asas grafik iaitu keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen-elemen seperti penghurufan, garisan dan gambar
  • Dengan erti kata lain, ke semua elemen seharusnya berada dalam keadaan sama berat
  • Sebagai contoh, ciri keseimbangan ini kedudukan gambarnya 1/3 atas dan 1/3 bawah untuk mendapatkan keseimbangan yang baik
  • Bahagian kiri dan kanan gambar juga memerlukan ciri keseimbangan bagi memastikan gambar atau visual tersebut menepati ciri keseimbangan
👉 Kesesuaian 👈
  • Ciri ketiga asas grafik iaitu kesesuaian. Kesesuaian sesuatu gambar atau visual menyebabkan audien lebih memahami konsep yang diketengahkan
  • Sebagai contoh, apabila subjek mengambil gambar semasa hari konvokesyen, latar belakang gambar tersebut mestilah mengetengahkan latar belakang yang sesuai dengan hari konvokesyen
  • Kesesuaian subjek dan latar belakang seharusnya dititikberatkan agar audien lebih memahami apa yang disampaikan dalam gambar
👉 Warna 👈
  • Ciri keempat iaitu warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien
  • Sebagai contoh, gambar Tahun Baru Cina lebih dikenali dengan warna merah dalam perayaan tersebut. Audien akan memahami gambar atau visual tersebut sebaiknya oleh sebab warna dan subjek dalam gambar yang diketengahkan
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan mood, perasaan dan minat terhadap sesuatu visual
👉 Teks 👈
  • Ciri kelima iaitu teks. Teks berfungsi sebagai perantaraan audien dan visual.
  • Sebagai contoh, visual yang diketengahkan iaitu produk makanan, teks sememangnya memainkan peranan penting dalam grafik tersebut
  • Malahan, jenis font, saiz font juga memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien
Kelima-lima asas grafik ini mempunyai kombinasi yang kuat untuk menghasilkan sesuatu visual atau gambar yang mudah difahami dan menarik perhatian audien.