10 October 2018

BBM3410/18: Adik Bingung Plus Gelabah Dengan Lay Lay πŸ’†

πŸ“… 08 Oktober 2018 (Isnin) πŸ’™

Hi guys ! Bertemu kembali 😎 Hahaha. Minggu ni semestinya ada ja tugasan baru yang Prof bagi dekat kami. #redhabersama gituu 😝 hahaha. Sebenarnya, setiap minggu lah ada tugasan yang berbentuk kumpulan. Seronok beb ! Sebab dengan ahli kumpulan kan. Kalau tugasan individu pi shooting sana sini, aku rasa kemurungan dah pelajar BLM ni hahaha πŸ’ Minggu ni kami belajar tentang gambar Flat Lay:

Prof tengah mengajar

Haa, minggu ni kelas dah bertukar. Dulu dekat Bilik Asraf, hari Isnin dekat Dewan Za’ba. πŸ˜‹Maklumlah, kami ni kerabat yang ramai, πŸ‘»Prof lagi suka Dewan Za’ba ni. Katanya ada juga ‘yang lain’ dengar kuliah beliau dekat tempat duduk belah belakang sekali. 😌Yang kosong tu. Hahahaha. Apebendee lah. πŸ’¬ Jadi, Prof pun terangkan Flat Lay, Flat Lay yang adoo:


 Flat Lay πŸ”
Yang ni kedudukan kamera telefon seharusnya 90 darjah untuk dapatkan Flat Lay yang perfect

Half Flat Lay πŸ•
Yang ni kedudukan kamera telefon half dari Flat Lay, iaitu 45 darjah

Quarter Flat Lay 🍩
Yang ni pula kedudukan kamera telefon half dari Half Flat Lay, iaitu 22.5 darjah

Zero Flat Lay πŸͺ
Yang ni kedudukannya memang zero lah, atas lantai betul kamera telefon, tanpa ada alas, lapik ke



Selesai ja Prof terang semua Lay Lay tu, πŸ’† kami pun duduk lah dalam kumpulan. Due tugasan jam 1 petang beb. Hahahaha. Prof kata senang. Kami pun redha lah apa yang Prof katakan. Hahaha. πŸ˜–Kami pun mula lah dengan mengambil gambar Flat Lay duluan:

Mael Lambong sedang mencuba haha πŸ˜†

Cara-cara Goh ambil gambar Flat Lay haha 😎
Lepastu, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan diikuti dengan Zero Flat Lay. Hahaha. πŸ˜‹ Seronok sebenarnya ambil gambar semua ni. 🌸 Tapi itu lah. Nak dapatkan like daripada Prof dalam Instagram tu dok fikir macam mana. πŸ‘ Setiap gambar yang diambil, rasa was-was lah hahaha. Berikut proses untuk gambar Lay Lay seterusnya:

Nak susun pun senak lah haha πŸ˜‚

Okay ini hasilnya πŸ‘†
Kegigihan seorang Rao haha 😚
Tadaa ini hasilnya πŸ‘†
Safwan kembali beraksi haha πŸ˜›
Kasut ke kapal hm πŸ‘†

Berlecak beb. πŸ’¦ Hahaha. Terkejar-kejar sambil memikirkan due yang makin hampir dan hampir. Tapi saya setuju ja dengan cara Prof ni. 🌼 Kerja sini habis sini. Hahaha. Balik kolej fikir benda lain. Misalnya, PITA hahaha. Tu hmm bikin adik tak keruan lah. πŸ˜† Haha. Sampai sudah takat tu ja lah buatnya. 😈 Tapi nampak lah kumpulan kami ni gigih:


Payung jangan tak payung πŸŒ‚
Sanggup beli makanan semata haha πŸ˜‹
Haha hasilnya lepastu makan πŸ‘†

Hahaha. 🌺 Amacam ? Makin lama makin seronok pulakk layan blog ni. πŸ“Έ Hahaha. Itu ja lah. Terima kasih sebab sudi membaca haha. πŸ‘½πŸ˜œ

03 October 2018

BBM3410/18: Sukan Tapi Masih Gebu 😜

πŸ“… 04 Oktober 2018 (Khamis) πŸ’™

Hi πŸ™‹ Kali ni saya nak berkongsi sikit lah tentang apa yang saya lakukan sepanjang berada di universiti, erti kata lain, sepanjang saya bergelar mahasiswa hahaha 😘 Saya sangat gembira dengan apa yang saya lakukan . Sangat bersemangat ! Hahaha. Saya di UPM, menyertai pasukan Petanque UPM dari sem satu lagi haha. Lama kan ? πŸ˜‚ Tapi banyak sangat ilmu yang saya tak peroleh dan aplikasikan dalam latihan dan juga pertandingan.



Meh saya kongsi sikit, dari bila saya kenal sukan Petanque ni haha. Saya mula atau berjinak dengan Petanque ni umur 13 tahun lagi, waktu tu dekat Sekolah Menengah lah semestinya haha. Saya tak minat sebenarnya Petanque ni. Dalam hati saya, apa bendee lah sukan ni, kejar benda yang tak dapat hahaha. Memang saya kutuk sukan ni dulu. Itu dulu lahhh. Akhirnya saya tewas. Ini berpunca daripada abang saya πŸ˜’ Nama abang saya Mohamad Nor Nasyrieq bin Omar πŸ™† Haa dia lah punca membuatkan saya terjebak dengan sukan Petanque ni. Hahaha. Masa Sekolah Menengah setakat pencapaian tu ada lah boleh buat duit poket sikit haha. Alhamdulilah. Saya di Sekolah Menengah dulu suka terlibat dengan sukan atau aktiviti yang dapat menyumbangkan pendapatan dekat saya πŸ€‘ Haha. Saya kan suka makan πŸ—πŸ•πŸ”πŸ€πŸ° Suka sangat buru makanan dari dulu sampai lah sekarang. Hmm . Sukaa ! πŸ˜‹ Ni saya kongsikan sikit gambar-gambar sepanjang saya terlibat dalam sukan ni 😎

Ni waktu SUKIPT di UKM, Bangi 

Banjir pun tak ada hal haha πŸ˜‚

Yang baju biru tu Coach Hasmil 

Ohh lupa haha πŸ˜„ You all kalau rajin boleh juga intai artikel ni haa:


Huhu . Ni sekadar perkongsian ja πŸ˜‡ Lain padang lain belalang 🌾 Tak ke begitu ? Hahaha πŸ˜‚

Haa semua ni gambar yang ada lah πŸ˜‚ Nanti kita jumpa lagi untuk blog yang seterusnya ! Terima kasih sudi membaca 😺

BBM3410/18: Apa? Makanan? πŸ˜‹ Pesta Makanan Tradisional 🍴

πŸ“… 25 September 2018 (Selasa) πŸ’™

Bertemu kembali πŸ˜† Hahahaha. Kali ni nak cerita tentang Pesta Makanan Tradisional Melayu πŸ˜‡ Berikut ketetapannya:

πŸ‘‰ 25 September 2018 (Selasa)
⏰ 8 pagi hingga 5 petang
πŸ“Œ Laman Muzium Warisan Melayu, UPM

Dalam Pesta Makanan Tradisional Melayu ni, banyak sangat aktiviti yang diadakan. Seronok gilaa 😁 Aktiviti semuanya santai-santai . Tak ada yang tibeer kena mengira macam Addmaths hahaha 😜 Haa ni senarai aktiviti yang dilaksanakan:
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Kolaj
  • Pertandingan Mengukir Buah 
  • Demonstrasi Masakan Tradisional
  • Persembahan Kebudayaan
  • Gerai Jualan
  • Rasa dan Teka
  • Kembara Resepi
  • Cabutan Bertuah
Haa , banyak kan aktivitinya πŸ™Œ Mulanya saya dan kawan-kawan ke perasmian dahulu. Perasmian ni macam biasa lah ada tetamu khas en πŸ˜„ Hahaha. Ni ucapan pembukaan oleh:

YBhg. Prof Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia

Seterusnya, ucapan dan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman iaitu Pengarah Bahagian Penjaja dan Peniaga Kecil, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna πŸ˜‡ Yang ni gambar lupa nak ambil haha πŸ˜‚
Kemudian baru merayap beli makanan 🍝 dan juga minuman 🍸 Semuanya sedap belaka ! 😘 Sedap sangat ! Hahaha . Ni nak tunjuk sikit gambar, mana yang ada lah ye !

Beli air kelapa, panas lit lit haha πŸ˜‹

Gerai jualan di sekitar Pesta Makanan Tradisional

Antara gulai serta lauk di Pesta Makanan Tradisional

Memang best ! Selain tu ada juga aktivti yang lain tauu. Haa ada food truck  🚍 Macam-macam lagi lahh yang ada. Apa-apa pun saya memang enjoy dengan Pesta Makanan Tradisional ni ! Rugi lah siapa yang tak pergi hahah πŸ˜‚ Okay ! Bye !

BBM3410/18: Tugasan , Tugasan Dan Tugasan ✌

πŸ“… 01 Oktober 2018 (Isnin) πŸ’™

Hai ! Harini kelas Multimedia tak ada πŸ˜” Disebabkan Prof ke Singapura, jadi Prof bagi tugasan atas talian iaitu dalam Putrablast πŸ’– Pembelajaran atas talian ini bagi kuliah Isnin 10-12 tengahari , tapi tugasannya perlu diemel hanya pada jam 2-3 petang sahaja πŸ˜€ Hahaha, jadi kena peka lah, jangan buat terus hantar kan haha πŸ˜‚ Tugasan ni tugasan individu dan berikut arahan Prof:
  • Berikan persepsi anda tentang jenis-jenis media sosial / media teknologi yang terdapat dalam  bab 1 buku BOOM (minima 100 patah perkataan, maksima 150 patah perkataan)
  • Pilih salah satu media sosial/ media teknologi tersebut (bab 1) dan bincangkan (minima 100 dan maksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di universiti



  • Emelkan tugasan drnormaliza@gmail.com 
  • Tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment)
  •  Subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama 
  • Jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu
  • Anda tidak boleh meniru rakan yang lain. jika didapati sama, 10markah akan ditolak bagi mereka yang meniru 
  • Tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 
Jadi saya pun hantar tugasan tersebut pada jam 2:12 petang pada 1 Oktober 2018 😎 Banyak kali cek kot sebelum hantar tugasan dekat Prof, hahaha . Takut lah πŸ˜– Disebabkan buku tersebut bahasa Inggeris, jadinya saya terjemahlah sikit perkataan yang saya tak faham haha πŸ˜† Tapi, malangnya, emel tugasan saya dan kawan-kawan juga ada yang ditolak πŸ˜” Hanya 20 orang sahaja yang diterima dan dapat 10 markah . 10 markah beb 😭 Luluh hati . Hmm tapi tak apa lah, nak buat macam mana kan. Hidup kena diteruskan 🌷 Hahaha. Okay lahh , itu ja nak kongsi ! Terima kasih sudi membaca 🐾

26 September 2018

BBM3410/18: Ohh Baru Tahu Gambar Perfect Ada Ciri Asas Grafik 😍

πŸ“… 19 September 2018 (Rabu) πŸ’™

Kuliah harini tentang Asas Grafik 🌈 Prof menjelaskan Asas Grafik ni ada 5 iaitu :
  • Mudah - Yang mudah ni, gambar dia, kita dapat lihat gambar tu dengan mudah. Contohnya gambar bunga (sebab suka bunga 😍) 
Asas Grafik : Mudah

  • Keseimbangan - Ciri keseimbangan ni gambarnya 1/3 atas dan bawah. Dan, kena tengok juga kiri dan kanan. Contohnya gambar bawah ni 
Asas Grafik : Keseimbangan

  • Kesesuaian - Latar belakang gambar semestinya berhubung kait dengan subjek. Haa contohnya gambar ni
Asas Grafik : Kesesuaian

  • Warna - Tahu kan warna ? Merah, putih, biru, kuning. Hahaha πŸ˜‚
Asas Grafik : Warna

  • Teks - Jenis font, saiz font. Mesej kena dengan gambar 
Asas Grafik : Teks


Haa itu semua Asas Grafik. Jadi, dah tahu kelima-lima Asas Grafik ni, kami kena buat dengan berbekalkan barang keperluan yang dibawa πŸ˜› Dah lah deadline jam 2 petang , tak gelabah sistur nak buat dengan kumpulan haha πŸ˜₯ Dengan kelasnya lagi. Hahaha.

Okay lah ! Itu ja . Terima kasih πŸ’–

BBM3410/18: Pelajar Linguistik Melayu Belajar Multimedia ? 😱

πŸ“… 12 September 2018 (Rabu) πŸ’™

Okay, harini kelas pertama untuk semester yang terakhir ni hahaha ✌ Kelas ni nama dia Multimedia Dalam Bahasa 🌺 Pensyarah yang mengajar kuliah ni memang sempoi, nama pensyarah Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim 🌹 Kenal tak ? Haa ni ada gambar Prof :

Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim

Untuk minggu pertama ni, Prof hanya menerangkan sinopsis kurus dan beberapa keperluan untuk kursus ni seperti kerja kursus sebanyak 80% dan peperiksaan akhir sebanyak 20%. Selain itu, kursus ini mempunyai tugasan individu dan kumpulan πŸ‘¦πŸ‘§ Satu kumpulan ada 10 orang, ramai kan ? Hahaha πŸ˜‚ Prof juga memaklumkan kursus ini ada amali πŸ˜„ Jadi, kami kena pilih waktu yang sesuai untuk amali ni. Disebabkan minggu seterusnya hari Isnin (17 September 2018) cuti 😎 jadinya, Prof terus bagitahu apa keperluan yang perlu dibawa untuk Rabu (19 September 2018) hadapan. Berikut merupakan keperluan yang perlu dibawa, ni tugasan kumpulan :

1.  6 keping mounting board warna hitam bersaiz A4




2. Gunting



3.  UHU stick



4.  Pisau



5.  Reben (lebar : suku inci , panjang : 1/2 meter)


6.  Punch



7.  Majalah terpakai (glossy)


Okay, itu ja untuk harini, nanti kita sambung okay 🌻 Terima kasih sudi membaca !

BBM3410/18: 🌼🌼 About Me 🌼🌼

😎 Hi ! Nama saya Ummu Nusrah Binti Omar. Saya merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Sekarang saya dah tahun akhir di UPM. Sedihnyaa πŸ˜’ Hahaha. Saya tinggal di Bera, Pahang. Kalau nak makan gulai ikan patin tempoyak yang sedap dan original, boleh lah datang Temerloh πŸ˜‹ Saya mempunyai 2 orang adik beradik dan saya bongsu πŸ™† Saya suka melancong lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan 🚀 Buat masa ni dalam Malaysia, saya tak pernah ke Sabah dan Sarawak. Tahun depan insyaAllah akan ke sana. Hobi saya juga mengambil gambar yang menarik dan pemandangan yang cantik πŸ“Έ Haa contohnya macam dekat bawah ni :

Yang ni di Indonesia πŸ’–

Di Indonesia juga tapi lupa lah dekat mana πŸ˜‚

Buat masa ni, itu ja lah kot. Nanti kita sambung blog seterusnya πŸ˜‰ Terima kasih kerana membaca !